Wednesday 13 January 2016

SEGAMAT: SEJARAH DAN MITOSNYA

Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan: dua (2) buah negeri lain = Negeri Sembilan di utara dan Pahang di timur. Enam (6) buah daerah lain = daerah Muar dan Kluang di selatan, daerah Tampin di barat laut, daerah Rompin di timur laut, Batu Pahat di sebelah tenggara dan daerah Tangkak di barat.

Bandar Segamat merupakan pusat bandar utama daerah ini. Dari segi hierarki pusat-pusat petempatan bagi Negeri Johor, Segamat terletak dalam kategori kedua iaitu Pusat Wilayah Tahap II. Bandar kedua terbesar di Daerah Segamat adalah Bandar Labis yang berada di kategori ke empat hierarki pusat petempatan seluruh negeri. Daerah Segamat merupakan daerah yang mempunyai tahap kemajuan yang sederhana berbanding dengan daerah-daerah di Wilayah Johor Barat. Ia mempunyai kepentingan tersendiri kerana menjadi penyambung ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Kuantan - Segamat. (Lebuhraya Tun Abdul Razak) dan juga sebagai laluan utama kenderaan ke selatan negara. Secara tidak langsung ini memberikan gambaran yang positif terhadap potensi pembangunan daerah ini.


Bendera Segamat

Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat. Terletak di antara Kuala Lumpur dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.


Muat turun buku Segamat: Sejarah Dan Mitosnya disini.
Sumber buku : Internet





Dataran Segamat


Durian Segamat : Terbaik di Malaysia?





2 comments:

  1. dengan sapa sy boleh menebual tentang sejrah segamat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk makluman, kami mencadangkan agar saudara memuat turun buku sejarah segamat dan mitosnya, dan didalam buku tersebut ada menyenaraikan beberapa nama yang terlibat dalam penghasilan buku tersebut. atau saudara boleh ke jabatan penerangan cawangan segamat dan meminta maklumat tentang perkara ini daripada mereka. :)

      Delete