Saturday, 12 March 2016

PROJEK INOVASI PANITIA BAHASA INGGERIS: THE FI3 TAB

Panitia Bahasa Inggeris SK Felda Redong, atas inisiatif guru-guru panitia, telah banyak menghasilkan inivasi-inovasi pendidikan yang bertujuan untuk menjadikan P&P Bahasa Inggeris lebih menyeronokkan. Antara projek inovasi yang telah dihasilkan ialah The Fi3 Tab - Substitution Tablet. Ia merupakan adaptasi tablet touchscreen, dimana bahan ini seolah-olah tablet sebenar kerana pelajar boleh skroll soalan dan perkataan seolah-olah ianya menggunakan touchscreen.

Substitition Tab ini digunakan sebagai inovasi menggantikan substitution table yang biasa digunakan untuk membuat ayat dengan pelbagai pemboleh ubah. Uniknya tentang substitution tablet ini ialah, ia membantu pelajar membina 4 jenis ayat (past, present, past continuous dan present continuous).

Ia sesuai digunakan sebagai latihan untuk pelajar membina ayat untuk 4 jenis tenses, dimana sedikit sebanyak membantu untuk penulisan karangan di dalam peperiksaan UPSR. Ianya juga sesuai untuk dijadikan bahan self-access learning kerana pelajar boleh menyemak sendiri samada ayang yang dibina betul atau pun salah, melalui grammar checker table yang disediakan.

Inovasi ini telah memenangi Anugerah Guru Inovatif Daerah Segamat pada tahun 2014 dan Anugerah Gangsa Pameran Inovasi MOSTI/JPN Johor Kategori Individu pada 2013. Juga menerima jemputan ke pameran inovasi kebangsaan pada tahun yang sama.






Skrol ke kiri atau ke kanan untuk memilih soalan kepada ayat yang hendak dihasilkan.


Contoh untuk memilih perkataan untuk dijadikan ayat. Skroll ke atas atau ke bawah untuk memilih perkataan.




Gambar-gambar aktiviti penggunaan Substitution Tablet di dalam kelas.








Perbincangan di dalam kumpulan untuk menghasilkan ayat.




Pelajar membuat pembentangan ayat yang telah dihasilkan. Tablet ini mempunyai lebih 300 kombinasi ayat.






Guru menunjukkan cara bagaimana penggunaan tablet ini dan bagaimana menyemak ayat yang telag dibina.




Ayat yang dihasilkan pelajar di dalam kelas


Contoh substitution table tradisional yang digunapakai zaman dahulu.

Laporan disediakan oleh:

Cikgu Zalman Fitrie Bin Othman
Panitia Bahasa Inggeris
SK (Felda) Redong


0 comments:

Post a Comment